Maklumat Setempat
Pemandangan Kawasan
Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan dan mempunyai keluasan 4,931 hektar terletak dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang strategik. Ia terletak di lokasi 25km ke selatan Kuala Lumpur dan 20km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Putrajaya dibangunkan berasaskan tema "Bandar Dalam Taman". Sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman, tasik dan wetland, Manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat. Tasik buatan berkeluasan 600 hektar yang merentangi di bahagian tengah bandar ini merupakan ciri-ciri landskap yang utama dan berperanan mengimbangi keadaan cuaca di Putrajaya. Jumlah penduduk di Putrajaya ialah seramai 80 000 orang. Majoriti penduduk Putrajaya adalah Melayu.
Parlimen
YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
Jawatan dalam Kabinet: Tiada
Parti: BN - UMNO
Parlimen: P125
Kawasan: Putrajaya
Negeri: Putrajaya
No. Telefon: 03-4043 2533 / 03-8888 5761
No. Fax: 03-8889 4075
E-Mail: putrajaya@parlimen.gov.my