Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 4 Produk & Videografi)

24 October 2021 | Aktiviti Terkini

23 Oktober 2021, Sabtu – Pusat Internet Komuniti, PIK Putrajaya telah meneruskan modul keempat untuk sesi 1/2021 Giatmara Putrajaya. Modul Asas pengenalan videografi di kendalikan oleh En Hazim, Pengurus PIK Presint 16 dan Pn. Nur Dahiyah, Penolong Pengurus PIK Presint 16.

Modul keempat merangkumi pengenalan kepada jenis-jenis videografi, asas-asas videografi dan juga asas-asas merakam video dan juga cara menyunting video menggunakan aplikasi VN. Sesi terakhir pelajar Giatmara Putrajaya diberi tugasan untuk merakam video bertemakan pemasaran produk dan menyunting video tersebut menggunakan aplikasi VN dan membentangkan penghasilan suntingan mereka. Sesi seterusnya juga ditambah dengan advokasi Klik Dengan Bijak, menggunakan media sosial dengan berhemah.

Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Standard Operasi (SOP), latihan ini dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet. Kelas dijalankan pada 22 Oktober 2021, Jumaat bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 15 orang pelajar. Pn. Siti Hajar, guru Giatmara juga telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas