Program bersama Giatmara Putrajaya (Modul 3 Business Content & Videography)
11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini10 Mac 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah mengadakan modul untuk sesi 3/2023 bersama pelajar Giatmara Putrajaya yang bertempat di PEDi Presint 9 Fasa 10 bertajuk Modul Business Content dan Videography. Program bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Program ini telah dimulakan dengan modul business content yang mengandungi tajuk personal branding, content marketing, storytelling dan tips-tips strategy content marketing. Modul ini dikendalikan oleh Cik Atiqah, Rakan Digital PEDi Presint 16 dan turut dibantu oleh staf PEDi Putrajaya yang lain.
Seterusnya, pelajar mempelajari tentang modul videography. Untuk modul videography pelajar diberikan penekanan tentang cara penggunaan aplikasi mobile apps iaitu VN. Aplikasi VN merupakan aplikasi penyuntingan video yang terbaik dan sangat mudah untuk digunakan. Selain itu juga aplikasi ini percuma dan memenuhi keperluan pengguna yang tidak celik teknologi. Disamping itu juga, VN merupakan aplikasi yang mesra pengguna.
Modul ini dikendalikan oleh Encik Hazim, Pengurus PEDi Presint 16 dan turut dibantu staf PEDi yang lain. Pelajar Giatmara diberikan tugasan membuat video pendek dengan menggunakan aplikasi VN. Setiap pelajar perlu menghantar 1 video selepas penerangan modul dijalankan. Program ini diakhiri dengan sesi tayangan video Klik Dengan Bijak mengenai “Maklumat Palsu” Seramai 20 orang pelajar dan seorang guru Giatmara telah menyertai kelas ini. Akhir sekali kelas ini telah disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: