Bengkel Pemerkasaan Digital anjuran Bersama CKPOKU/Cawangan Komunikasi Penghakupayaan OKU

19 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

18 March 2023, Sabtu – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya dengan kerjasama CKPOKU/Cawangan Komunikasi Penghakupayaan OKU Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Digital. Bengkel ini telah disertai oleh 10 orang peserta dan beberapa orang penjaga. Bengkel ini pertama kali dianjurkan Bersama Pusat Ekonomi Digital Putrajaya. Bengkel ini dijalankan bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Bengkel dimulakan dengan bacaan doa dan Al-Fatihah serta ucapan alu-aluan oleh Dr Ruziyah binti Ghazali yang merupakan Ketua Unit Komunikasi Pengehakupayaan OKU (CKPOKU), Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia. Bengkel kali ini adalah mengenai keusahawanan menggunakan aplikasi WhatsApp Business. Tenaga pengajar merupakan Pengurus PEDi Presint 18 iaitu Puan Haryati bersama Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3, Puan Sarah. Ia turut dibantu oleh staff daripada PEDi lain iaitu Encik Hazim dari PEDi Presint 16 dan Puan Roziana dari PEDi Presint 9 Fasa 10.

Agenda bengkel ini adalah pertama pengenalan kepada WhatsApp Business, kedua ciri-ciri perniagaan menggunakan WhatsApp Business, ketiga prinsip jualan dan akhir sekali fasa jualan dalam menggunakan WhatsApp Business. Bagi mengisi masa terluang, peserta diminta untuk bermain Kuiz Kahoot mengenai Destinasi Perlancongan di Malaysia. Bengkel diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kahoot dan cenderamata kepada peserta yang terlibat serta ucapan penutup oleh Dr Ruziah binti Ghazali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas