Pengenalan PEDi dan Advokasi Bersama Giatmara Putrajaya

15 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

14 Julai 2023, Jumaat - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya yang terdiri daripada PEDi Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16 dan Presint 18 telah mengadakan program khas bersama pelajar-pelajar baru Giat Mara Putrajaya bagi sesi 02/2023. Program ini bertujuan untuk memberi latihan ICT, Keusahawan dan Advokasi kepada para pelajar baru Giatmara Putrajaya. Beberapa aktiviti dilaksanakan diantaranya ialah taklimat pengenalan PEDi dimana peserta diberi pendedahan kepada peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti dan usahawan. Seterusnya penerangan mengenai modul - modul yang akan dipelajari oleh setiap pelajar bersama PEDi yang akan berlangsung selama 5 bulan bermula Julai hingga November 2023.

Rakan Digital Putrajaya turut memberi penerangan dan motivasi untuk membuka minda pelajar menceburi bidang keusahawanan terutamanya perniagaan secara atas talian. Bagi sesi kedua, diadakan tayangan video Klik Dengan Bijak dan Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak serta aktiviti senaman serta diakhiri dengan aktiviti kuiz Cybergenius untuk menguji pemahaman peserta mengenai topik tersebut Program berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan sesi berakhir dengan acara penyampaian hadiah bagi aktiviti kuiz Cybergenius serta sesi bergambar bersama pelajar Giatmara Putrajaya yang melibatkan seramai 9 orang pelajar dan staf PEDi Putrajaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas