Kelas IOT Microbit MakeCode & Aktiviti STEM Parachute

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

5 Ogos 2023, Sabtu – Kelas IoT Microbit MakeCode telah diadakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai Microsoft MakeCode menggunakan laman web makecode.microbit.org. Microsoft MakeCode adalah sebuah IDE (Integrated Development Environment) dan software aplikasi programmer. Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai Microsoft MakeCode dan seterusnya mempelajari cara asas menggunakan block coding untuk menghasilkan projek Microbit seperti Flashing Heart, Smiley Button dan Name Tag.

Seterusnya kelas diteruskan dengan aktiviti STEM iaitu DIY Parachute (payung terjun). Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat keupayaan dan kreativiti pelajar agar dapat menghasilkan parachute yang stabil dan selamat. Mereka menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan. Kelas diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 8 orang pelajar yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas