Program Keselamatan Siber & Kesedaran E-Waste di SMK Putrajaya Presint 9 (1)

27 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

26 Julai 2023, Rabu – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya berkolaborasi bersama Maxis telah mengadakan Program Keselamatan Siber & Kesedaran E-Waste di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1). Program ini diadakan untuk melahirkan komuniti yang bijak IT dan program kitar semula E-Waste seperti peralatan telekomunikasi boleh dikitar semula dan diproses untuk kegunaan industri.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat advokasi Keselamatan Siber dan pop kuiz bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dan guru mengenai buli siber, terlebih kongsi, unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Di samping itu, Kuiz Advokasi MyCyberGenius yang diberikan kepada para pelajar dan sebagai ganjarannya mereka mendapat pelbagai jenis hadiah. Program diteruskan dengan Taklimat Kesedaran E-waste daripada pihak Maxis & Kuiz E-waste. Program berlangsung selama 2 jam bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Seramai hampir 200 orang pelajar dan guru terlibat dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas