Program Usahawan Digital @ KKD 2023

4 November 2023 | Aktiviti Terkini

03 November 2023, Jumaat – Kementerian Komunikasi dan Digital, KKD telah menganjurkan Program Usahawan Digital @ KKD bagi tahun 2023. Objektif program ini adalah untuk mentransformasikan usahawan-usahawan jualan harian ke arah perniagaan secara digital dan meningkatkan penggunaan aplikasi digital dalam perniagaan. Antara pengisian program adalah Slot perkongsian ‘Kenapa perlu digitalkan perniagaan?’, Forum perkongsian pengalaman dan kisah-kisah oleh Usahawan Digital Berjaya (Usahawan MDEC, PEDi/MCMC, MyNIC), Sesi soal jawab, cabutan bertuah dan One to One Clinic Session (MCMC, MyNIC & MDEC).

Usahawan PEDi Putrajaya dari PEDi Presint 18 iaitu Puan Mazlira merupakan salah seorang daripada tiga panel forum perkongsian untuk berkongsi pengalaman serta tips dalam menjalankan perniagaan secara digital sebagai agen produk Noir. Staf PEDi Putrajaya dan MIV juga turut serta bertugas sebagai pempamer di pameran MCMC untuk pendaftaran ahli baru PEDi, penerangan serta memperkenalkan fungsi, program dan aktiviti PEDi kepada usahawan yang hadir. Program telah diadakan di Dewan Utama B1, KKD bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas