Program Webinar NADI x Cybersecurity

25 November 2024 | Aktiviti Terkini

24 November 2024, Ahad – Susulan daripada Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah berlangsung di seluruh negara, Pihak Sekretariat NADI X Cybersecurity telah menganjurkan Webinar Keselamatan Siber yang bertajuk Jejak Siber: Mengenal Serangan Dunia Siber. Program webinar ini mensasarkan peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun. NADI Presint 18 telah menyertai slot webinar pada 24 November 2024, Ahad yang lalu. Bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Tujuan utama webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai keselamatan siber yang direka khusus untuk memperkasakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang ini. Petugas NADI perlu mendaftarkan pelajar sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun dari komuniti NADI atau persekitarannya yang berkomitmen untuk menyertai webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas