Program NADI Kesejahteraan Kendiri – Saringan Kesihatan Percuma
9 Disember 2024 | Aktiviti Terkini08 Disember 2024, Ahad – Program saringan kesihatan PERCUMA melalui program NADI Kesejahteraan Kendiri di Dewan Serbaguna Presint 18R13. Komuniti yang ingin membuat saringan secara percuma perlu mendaftar sebagai ahli NADI Presint 18. Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan adalah bacaan tekanan darah, bacaan gula, bacaan kolestrol dan BMI. Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Antara aktiviti yang berlangsung adalah:
- Senamrobik Jemputan Instructor daripada KBS
- Pertandingan Mewarna
- Pameran COMBI & Saringan Peratusan Lemak dalam Badan
- Pameran NADI - Daftar ahli NADI percuma Road to 1 Million, Penerangan dan pendaftaran NADI Mahir, Program Usahawan, eKelas, Dilea & Tiny Techies
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: