Kelas ICT & E-learning

4 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

03 Februari 2024, Sabtu – Kelas ICT & E-learning telah diadakan untuk meningkatkan kemahiran menaip pelajar dengan menggunakan laman web Typing Pal. Pelajar akan di perkenalkan dengan laman web Typing Pal dan belajar cara untuk menaip dengan betul dan pantas. Pelajar juga akan diberi markah dan masa selepas siap tugasan yang diberi di laman web tersebut.

Seterusnya, aktiviti e-learning educational wordsearch bertajuk ‘Online Safety’ untuk pelajar. Pelajar yang menyertai kelas ini perlu mencari perkataan tersembunyi bertemakan keselamatan internet. Kelas diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas