Program Keusahawanan Bersama Giatmara Putrajaya - WhatsApp Business dan Canva (Resume)

30 November 2024 | Aktiviti Terkini

29 November 2024, Jumaat - Program keusahawanan yang diadakan khusus untuk pelajar Giat Mara cawangan Putrajaya diteruskan dengan modul ke 5 bertempat di NADI Presint 9 Fasa 10. Latihan keusahawan pada sesi kali ini diadakan selama dua jam bermula 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan dihadiri oleh 10 orang pelajar.

Pada permulaan sesi, pelajar mempelajari cara menghasilkan resume menggunakan aplikasi Canva. Modul ini disampaikan oleh Puan Noranis, penolong pengurus dari NADI Presint 18. Melalui modul ini, pelajar berpeluang untuk menghasilkan resume yang baik dengan cara mudah menggunakan rekaan resume yang tersedia di aplikasi tersebut. Petugas memberi tunjuk ajar dan setiap pelajar diberi masa untuk menghasilkan resume secara individual. Mereka perlu menghantar resume melalui emel yang diberikan dan petugas berkongsi hasil resume setiap pelajar di skrin utama.

Bagi sesi seterusnya, Puan Harwani, Pengurus NADI Presint 9 Fasa 10 memberi penerangan dan berkongsi maklumat kepada pelajar merangkumi pengenalan kepada perniagaan online, tips untuk memulakan perniagaan online dan fokus utama – WhatsApp Business. Pelajar didedahkan kepada penggunaan WhatApps Business yang mempunyai pelbagai ciri khas yang dapat membantu memudahkan urusan perniagaan seperti penggunaan messaging tools, penggunaan katalog, fungsi label dan penghasilan QR code untuk perniagaan. Petugas berkongsi cara mendaftar akaun dan tayangan video yang berkaitan untuk membantu pelajar lebih memahami cara penggunaan WhatApps Business. Aktiviti sampingan juga diadakan iaitu saringan kesihatan kepada pelajar Giat Mara. Kelas diakhiri dengan sesi bergambar bersama petugas NADI Putrajaya dan pelajar Giat Mara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas