Webinar Wellbeing Support
31 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini30 Oktober 2024, Rabu – Webinar Wellbeing Support telah diadakan secara atas talian kepada petugas NADI di seluruh negara. Petugas diberi penerangan mengenai perkhidmatan baru yang akan disediakan di NADI iaitu saringan kesihatan seperti pemeriksaan BMI, tekanan darah dan bacaan gula dalam darah. Program ini untuk meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan kesihatan diri melalui pemeriksaan berkala. Seterusnya sesi soal jawab diadakan untuk membantu petugas mengenai isu dan permasalahan mengenai program saringan kesihatan.
Webinar wellbeing support akan diadakan pada setiap hari Rabu bermula 30 Oktober 2024. Webinar berlangsung selama setengah jam pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Taklimat telah berlangsung secara atas talian menggunakan Google Meet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: