Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends Musim Ketiga
17 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini16 Ogos 2025 (Sabtu) – NADI Presint 18 telah mengadakan Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends bagi musim ketiga. Pertandingan ini adalah peringkat saringan dan ianya bertujuan untuk mencari pasukan yang akan mewakili NADI untuk peringkat negeri. Pada musim ini, sebanyak tiga pasukan telah menyertai iaitu pasukan Devil’s Twilight, MATA dan KAGE.
Program ini dimulakan dengan taklimat penerangan oleh Pengurus NADI, Puan Haryati mengenai garis panduan pertandingan. Sepanjang sesi pertandingan berlangsung, diadakan juga akiviti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan untuk peserta yang hadir.
Pasukan KAGE telah memenangi Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends musim ketiga dan seterusnya akan mewakili NADI Presint 18 untuk bertanding di peringkat negeri. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: