Kempen Keselamatan Internet
6 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2025 (Isnin) – NADI Presint 18 telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkanaan kempen keselamatan internet di Sekolah Menengah kebangsaan present 9(1). Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama MCMC telah melaksanakan Kempen Internet Selamat melalui Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku.
Program ini dimulakan dengan sembang santai iaitu sesi pengenalan program dan juga tujuan. Seterusnya Pengurus NADI diberikan slot selama 10 minit untuk memberi sedikit ceramah berkaitan dengan Kempen Keselamatan Internet.
Antara modul yang disampaikan adalah:
- Buli cyber
- Penyantunan dalam talian
- Scam
- Maklumat palsu
Aktiviti sampingan lain juga turut diadakan antaranya nyayian lagu trending, permainan puzzle untuk pelajar, persembahan pakaian traditional Asian dan nyayian lagu patriotik serta quiz kempen keselamatan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: