Pelajar Nadi Cemerlang: Adik Muhammad Ammar Danial Raih 7a Dalam Spm
13 April 2026 | Aktiviti Terkini12 April 2026 (Ahad) - Kejayaan membanggakan telah dicapai oleh seorang pelajar NADI, adik Muhammad Ammar Danial bin Ibrahim, apabila beliau berjaya memperoleh keputusan cemerlang sebanyak 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Ammar yang merupakan peserta aktif dalam Kelas Tuisyen Rakyat Dilea secara dalam talian telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang dua tahun penyertaannya. Walaupun mengikuti kelas secara online, beliau tetap berdisiplin, konsisten dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam setiap sesi pembelajaran.
Usaha gigih serta kesungguhan Ammar dalam menimba ilmu menjadi faktor utama kejayaan yang dikecapinya hari ini. Beliau juga bijak memanfaatkan kemudahan pembelajaran digital bagi meningkatkan kefahaman dalam pelajaran.
“Kejayaan Ammar ini membuktikan bahawa pembelajaran secara online juga mampu melahirkan pelajar cemerlang sekiranya disertai dengan usaha dan disiplin yang tinggi,”
Pencapaian ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada rakan-rakan pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran tanpa mengira kaedah pembelajaran sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Ammar Danial bin Ibrahim atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dalam bidang akademik dan mencapai cita-cita pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: